Sunday, June 28, 2009

~~Hari Penyerahan Rekod Prestasi Murid~~

Kelmarin Sabtu 27 Jun 09 - Semua sekolah diarahkan beroperasi seperti biasa menggantikan cuti raya nanti... untuk negeri2 yang weekendnya jumaat sabtu, akan menggunakan jadual hari Khamis manakala negeri yang weekendnya Sabtu Ahad akan menggunakan jadual hari Jumaat...

Pada hari tersebut, SKL telah mengadakan hari penyerahan rekod prestasi murid yang bermula pada jam 10 pagi - 12 tghari.. jadual paginya berjalan seperti biasa...

Gambar tak sempat di snap coz mamarazi terpaksa mengambil tempat sebagai guru kelas menggantikan guru yang menghadiri kursus...

TAHNIAH untuk semua...

Juga untuk pelajar2 yang berjaya TAHNIAH diucapkan.. & yang kurang berjaya.. usaha lagi...

"BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN"


~~20 Jun 09 - Masa untuk pulang~~

Sambungan...

Bangun di pagi hari selepas selesai solat kami mengemas khemah & simpan kembali. Sekali lagi kami diberi peluang utk snorkling.. apa lagi bebudak ni tak sabar2.. maklumla baru pandai snorkling selepas diajar oleh Cg Zuki...

Selesai snorkling kami bersiap untuk pulang... tp time tu org sangatlah ramai di jeti.. so terpaksa la kami menunggu coz katamaran tak boleh nak parking.. banyak bot...

Lebih kurang 1.30 petang kami tiba di jeti kastam dengan selamatnya...

Alhamdulillah dengan keizinannya kami dapat melaksanakan aktiviti perkhemahan dengan jayanya...SYABASSS!!!


"BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN"

~~19 Jun 09 - Malam Kebudayaan & BBQ~~

Sambungan...

Sejurus pulang dari Berjaya Beach Resort kami menunaikan solat Asar.. kemudian murid2 & guru2 lelaki tutun semula ke laut nak snorkling lagi... tup2 beberapa minit lepas tu dah naik semula ke darat.... rupanya ada amaran BENDERA MERAH...dah tak boleh snorkling .. air surut rasanya...bahaya!!!

Hari pun dah petang.. mentari hampir tenggelam.. semua diarahkan membersihkan diri untuk persediaan solat maghrib selepas bersantai2 di tepi pantai..

Selesai solat isyak... guru2 bersedia untuk memulakan panggang memanggang, bakar membakar... & yang terlibat dengan persembahan terus memulakan aktiviti... kerjasama yang diberikan sangat memuaskan hati...

* Sajak serta lakonan dari Pengakap..


* Lakonan - PBSM


* Tarian dai TKRS...


* Persembahan Nasyid ttg alam - PPI

* Pantun dari Tunas Puteri...


* waduh2 sih... ada gaya tu PK kite...hihi


* Erm.. sedapnya !!!


* Masa untuk menjamu selera.. beratur ya...

Selesai makan2... murid2 dibawa ke bilik pameran taman laut... banyak infomasi yang dapat dari bilik pameran tersebut yang berkaitan dengan kehidupan laut...
sebenarnya nak join dgn sek teknik gombak utk dgr taklimat tp dewan tu tak muat la plak... so tgk pameran je la..



"BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN"

~~19 Jun 09 - Di Berjaya Redang Beach Resort~~

Sambungan....

Gambar2 di Berjaya Redang Beach Resort... subhanallah sangat cantik ciptaanNya... sesuai untuk swimming & scuba...

* Bergambar di depan pintu masuk Berjaya Redang Beach Resort...


* Kreatiffff!!!


* Subhanallah... itu yang mampu diungkapkan...


* Mereka tengah membuat persiapan untuk party malam nnti...


* Sedang menikmati kejernihan air di Berjaya Redang....


* Gambar kenangan.... tak tau la bila plak leh sampai kan...

* Walaupun mentari memancar cahayanya...
tiada halangan utk mereka menikmati keindahanNya...


* Happy bebenor kanak2 ni....hihi


* eh dok amik air semayang ropanya....


* Hanya di sini tempat yang sesuai utk berteduh...huhu


* Sempat lagi dia tido seround!!! huah huah huah!!!


"BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN"

Thursday, June 25, 2009

~~19 Jun 09 - Ke Berjaya Redang Beach Resort~~

Sambungan...
Selesai snorkling 11 pagi.. pelancong pun dah ramai utk snorkling.. kami diarahkan naik ke daratan oleh Kem Komandan untuk aktiviti seterusnya... semua naik & diberi masa untuk membersihkan diri, makan & bersiap2 untuk sembahyang jumaat & terus ke Berjaya Redang yang sangat cantik...

Pengangkutan yang digunakan dari Taman Laut ke Jeti Kampung Redang mestilah bot coz tempatnya di seberang sana.. dengan perkhidmatan bot yang disediakan oleh insan yang sangat gigih ini Cg Zuki segalanya berjalan lancar...

* Bismillahirrahmanirrahim...
melangkah ke dalam bot...



* Tenang jer di atas bot ni...


* Bestnyaaaa!!!

* Dah sampai jeti...
tup2.. baru sedar tertinggal insan yg gigih Cg Zuki..
so terpaksa menunggu beliau seketika..


Dari jeti ke masjid & Berjaya Beach Resort kami dibawa dengan menaiki lori.... hihi... jangan gelak!! sangat kelakar tetapi pengalaman yang sgt indah untuk disimpan & diceritakan ke anak cucu. Pengangkutan lori ini juga telah diuruskan oleh beliau insan yang gigih..

* Bebudak ni nakal sungguh...
sambil mengembek naik lori....
mbeeekkk mbeeekkk!!!

* Tengah mengundur tu...
tempat sempit tak boleh nak uturn...


* 2 kali diangkut...
round 1 - lelaki.. disusuli puang2
yang bersopan santun...haha



Makan tengahari kami di rumah Cg Zuki... ARIFKIEYAH permis beliau.. sementara sik2 laki semyg jumaat, insan2 yang sopan santun ni menjamu selera.. kemudian diganti plak dgn lelaki & turn puang plak semyg Zohor...

* Penat bebenor guru2 pengiring ni yer..
hihi...


* Masjid ape nama ek.. lupa la plak..

* Sementara menunggu lori sampai...
posinggg duluuu!!!



* Jom naik lori.. hehe


Perjalanan diteruskan ke Berjaya Redang Beach Resort....

"BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN"

~~Wujud Jawatan Pembantu Guru~~

KUALA LUMPUR 21 Jun - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan jawatan pembantu guru di sekolah-sekolah bagi menjalankan tugas sosial terhadap pelajar yang sebelum ini terpaksa dilaksanakan guru-guru sendiri.

Presiden NUTP, Hashim Adnan berkata, langkah itu bagi memastikan guru-guru dapat memberi perhatian kepada tugas-tugas mengajar sahaja.

''Sebelum ini mereka terpaksa menguruskan hal-hal sosial pelajar seperti kokurikulum, urusan dokumen pelajar dan aspek luar kelas yang lain, jadi dengan adanya pembantu, mereka tidak dibebankan lagi dengan tugas seperti itu,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Penilaian Berasaskan Sekolah dan Transformasi Pendidikan anjuran NUTP di sini hari ini.

Hashim berkata, buat masa sekarang, jawatan tersebut sudahpun diwujudkan sejak lima tahun lalu namun hanya untuk guru-guru kelas pemulihan khas.

Katanya, kira-kira 11,000 pembantu guru diperlukan di sekolah-sekolah dengan nisbah seorang pembantu guru bagi 500 pelajar.

''Langkah ini akan menjamin kualiti pengajaran guru-guru dapat dipertingkatkan terutama apabila kerajaan kini mahu memberi perhatian untuk memperkukuhkan beberapa mata pelajaran seperti Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu di kalangan pelajar.

''Langkah mewujudkan jawatan ini juga penting apabila berlaku transformasi pendidikan termasuk apabila kerajaan melaksanakan penilaian berdasarkan sekolah kelak,'' katanya.

Menyentuh mengenai cadangan mewajibkan calon SPM lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris, Hashim berkata, NUTP menyokong penuh jika ia dilaksanakan kelak.

Namun, katanya, kementerian perlu mencari mekanisme yang boleh menjamin bahawa langkah tersebut tidak akan menjejaskan pelajar itu sendiri jika gagal menguasai bahasa itu dengan baik.

-Utusan Malaysia

"BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN"


~~Selamat Datang~~

Salam hujung minggu buat semua pengunjung setia blog SKL...

Gambar2 perkhemahan belum lagi habis diupload...maklumla banyak bebenor mamarazi snap.. untuk en3 kali ni blogger berbesar hati & memberi ruang untuk meng"post"kan en3 selamat datang kepada seorang Guru Agama Islam iaitu Ustaz Zamri yang baru dipindahkan dari SK Bukit Bayas ke SK Ladang.. & selamat datang ini juga kami warga SKL titipkan untuk 5 orang guru KPLI dari Kampus IPG Dato' Razali Ismail untuk menjalani tempoh praktikal di SKL... semoga kalian akan mendapat 1001 ilmu & pengalaman sepanjang berada di SKL...

* Guru2 KPLI.... Selamat Datang!!!


Alamak... gambar Ustaz Zamri cari dok jupe plok.. tak ingat kat dalam folder mana.. gambar banyak sangat... semula la deh!!

"BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN"

Wednesday, June 24, 2009

~~19 Jun 09 - Hari Kedua Perkhemahan~~

19 Jun 2009
Secara ringkasnya....

Solat Subuh berjemaah............ bersenam di tepi pantai...... minum pagi....

* Subhanallah cantik yang tiada tandingan!! Itulah bukti KekuasaanNya...

* Makan pagi sambil bersantai di tepi pantai




Masa yang ditunggu!!!!!!!!! Berkenalan dengan haiwan pantai & tumbuhan laut... pendek kata SNORKLING!!!!

* Taklimat dari orang pulau Cg Zuki
segala yang berkaitan
dengan snorkling...




* Diajar untuk mengapungkan diri sebelum menyelam menikmati keindahan dasar lautan..








"BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN"

~~18 Jun 09 : Makan Malam~~

Alhamdulillah sebelum maghrib khemah siap didirikan... solat maghrib & isyak berjemaah....juga tidak ketinggalan membaca Yasin di malam Juamaat... mohon Dia memelihara & memudahkan segala urusan kami..





Masing2 keletihan... perut pun sudah menyanyi & mahu diisi... makanan sudah tersedia..layanan yang istimewa oleh Tuan Rumah Cikgu Ahmad Zuki... TQ atas layanan .. siap dengan buah rambutan lagiii!!!
















Selesai makan malam aktiviti diteruskan dengan taklimat ringkas kepada semua murid...
Kemudian murid2 diberi masa untuk mengemas khemah dan pengurusan diri..
memandangkan perjalanan siang tadi memakan masa yang agak lama..beberapa aktiviti tidak dapat dijalankan.. ya kita hanya merancang!!!

"BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN"