24 JULAI 2011 -26 JULAI 2011
SEMOGA ANAK DIDIK SK LADANG TERUS CEMERLANG
Assalamualaikum ahlan wassahlan,
Boria tahun 5, akan persembahkan,
Selamat Hari Guru kami ucapkan,
Buat guru-guru yang kami raikan.
“SELAMAT HARI GURU”..
Tuan guru besar.., tegas orangnya...
Warga SK Ladang, sayang padanya…
Nampak serius..penyayang orangnya.EE..HAA!!!
Hantar
Orangnya serius tetapi “CARING”
Itulah orangnya…Cikgu Zuhaidi..
Hilang sehari sekolah jadi pening…HAIYA….
Ustaz Wan Hanif, nama diberi…
Menbawa rotan..setiap pagi…
Soal RMT, membuatnya pusing..
Semakin hari, semakin “BUSY” ISH..ISH..ISH
Di Bukit Payong, tempat tinggalnya…
Orangnya garang…bermisai tebal…
Otaknya pintar, matematik bidangnya…
Tak lain tak bukan, Cikgu Zakri orangnya…EEWAHHH..
Mengajar BM pada tahun
Nampak pendiam kelakar orangnya…
Memberi gelaran…itulah hobinya…
Hero
Ustazah Anita..tegas orangnya..
Dengar suaranya..orang terjaga..
Bidang DISIPLIN irulah tugasnya…
Pastikan murid aman sejahtera…EE TAKUTNYA..
Cikgu Faridah gelaran diberi….
Orangnya baik..pemurah sekali…
Kami di sini setia menanti….
Bila gelarannya “DATIN” diperolehi…
INSYAALLAH….
Teacher Nor Aizah, nama glamournya….
“ENGLISH LANGUAGE” subjek utamanya…
Lemah dan lembut..penyabar orangnya..
Sekali merajuk..semua murid ternganga…PIIEWITT..
Inilah pula kisah YB Kita…
Cikgu Nik Nidzam..orangnya geliga..
Sebarang “MUSAQAF” serah padanya..
Dapat diselesaikan dengan mudah aje…EHEM..EHEM
Dari Pulau Redang datang ke sini…
Itulah dia, cikgu Zuki kita..
Belum setahun,,mengajar di sini..
Kami dah mula…kasih padanya…UMM AH…
Beralihlah pula pada Cikgu Din..
Orangnya sporting kesayangan semua…
Bola sepak, catur dan juga bowling…
Mengharumkan nama..sekolah kita.. YEA…GOL…
Kepada Cikgu Jem,kami sayang padamu…
Mengajar Muzik.. tak pernah jemu…
MYDIN dan GIANT tempat dituju….
Sehari tak pergi…hati tak tentu….AMBOI..
Bila hari cuti.. nampak mukanya….
Ke
Jadi kaunselor pada kita semua..
Cikgu Rohaila..kesayangan semua…I LOVE U..
Sekianlah sudah.. persembahan kami…
Salah dan silap,,harap dimaafi…
Ini hanyalah sekadar gurauan…
Buat hiburan.. kita semua..
Buat hiburan.. kita semua….
“JANGAN MARAH YA……”