Thursday, April 9, 2009

~~Persediaan MTQ 2009~~

السلام عليكم ... مساء الخير

Majlis Tilawah Al-Quran... selepas beberapa kali mesyuarat sesama AJK MTQ, ahli mesyuarat bersetuju untuk mengadakan MTQ pada 09 April 2009 & SK Bukit Besar diamanahkan sebagai tuan rumah.. tup tup.. dapat surat yang memaklumkan bahawa Sabtu - 11 April 2009, semua sekolah diarahkan melaksanakan P&P bagi menggantikan cuti raya nanti... sehubungan dengan itu, mesyuarat MTQ diadakan kembali & bersepakat menunda MTQ ke 11 April 2009 & tuan rumah yang sama.

2 3 hari lepas mesyuarat, GB menerima panggilan & dimaklumkan bahawa SK Bukit Besar menolak utk menjadi tuan rumah & SK Ladang pula yang akan menggantikannya...

MasyaAllah ... untuk makluman, SKL tidak lah sebesar mana kawasannya & bangunan pun tak banyak.. ni 1st time SKL diamanahkan menjadi tuan rumah utk sesuatu program.. tak dapat tidak SKL kena la terima.. cubala buat persiapan setakat mana yang mampu & terbaik...

So Panitia AI bermesyuarat & membincangkan tempat2 yang sesuai untuk digunakan pada hari kejadian...akhirnya, semua bersepakat :

Dewan - Bercerita (L)
Bilik APD - Bercerita (P)
Kelas Pemulihan - Tilawah Al-Quran (L)
Bilik Mesyuarat - Tilawah Al-Quran (P)
Bilik Kaunseling - Hafazan (L)
Perpustakaan - Hafazan (P)

So, minggu ni agak sibuk menyiapkan tempat2 tersebut , di samping menyediakan sijil2 untuk pertandingan, sediakan PA System utk dewan. 2 orang guru Agama SKL ustazah Sharifah Noorhayati & Ustazah Anita dilantik sebagai penjaga masa..

Hari ni wakil SK Gong Tok Nasek telah datang untuk memasang PA System di Bilik Mesyuarat, dan wakil SK Chendering yang ditugaskan menyediakan PA System untuk Tilawah Al-Quran (L) iaitu di Kelas Pemulihan. juga datang & ,memasangnya. Alhamdulillah hari ni kami berjaya menyelesaikan persiapan tempat, sijil & lain2.Semoga apa yang dirancang akan berjalan dengan lancar...



"BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN"


No comments: