Wednesday, April 1, 2009

~~Seminar Tibi~~

SEMINAR TIBI

Tarikh : 31 Mac 2009
Hari : Selasa
Masa : 9.00 pagi
Tempat : SMK Manir, KT
Wakil Guru : Pn. Khadijah bt Mohd Kasim

Anjuran :
Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu dengan kerjasama Persatuan Bagi Mencegak Penyakit TB Negeri Terengganu




Cenderahati dari Jabatan Kesihatan

TIBI cegah sebelum parah...

Jika anda batuk selama 2 minggu atau lebih atau batuk anda tidak sembuh dengan rawatan biasa, sila datang ke hospital atau klinik kesihatan kerajaan yang berdekatan untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan atau anda mungkin menghidap TIBI !!!

Penyakit Tibi adalah penyakit yang merbahaya yang boleh mambawa maut. Ia disebabkan oleh kuman Tibi yang lazimnya menyerang paru-paru anda. Kuman Tibi juga boleh menyerang lain-lain bahagian dalam badan manusia.

Penyakit Tibi boleh berjangkit kpd orang yang berhubung rapat dengan pesakit melalui UDARA terutamanya APABILA PESAKIT TIBI BATUK @ BERSIN. Berjuta-juta kuman tibi akan dikeluarkan semasa pesakit tibi batuk @ bersin.

TANDA-TANDA PENYAKIT TIBI :-
* Batuk selama 2 minggu atau lebih dengan kahak yg mengandungi darah.
* Demam sebelah petang / malam
* Tiada selera makan
*Turun berat badan dengan mendadak

2 CIRI PENTING DALAM RAWATAN TIBI
1-Ubat-ubatan yang cukup dari segi :
# Dos
# Kekerapan (Frekuensi)
# Jangkamasa rawatan
# Gabungan/Kombinasi Ubat
# Berterusan selama 6 bulan

2- Anda mesti mendapatkan pemeriksaan doktor mengikut jadual bagi menentukan keberkesanan rawatan yang diberikan dan lain-lain masalah yang timbul

RAWATAN TIBI
Ada dua peringkat dalam rawatan Tibi iaitu :-
*Peringkat awal memakan masa 2 bulan, anda perlu mengambil ubat tiap-tiap hari sebanyak 56 kali. Peringkat sambungan selama 4 bulan, anda perlu mengambil ubat 2 kali seminggu selama 32 kali

*Pesakit perlu memberi kerjasama dan patuh kpd rawatan yang diberikan , diantaranya ialah :-
# Anda perlu makan ubat dgn cara yang betul
# Tidak ingkar/meninggalkan rawatan
# Datang untuk mendapatkan pemeriksaan ulangan seperti yang ditetapkan

Ingat... bawa keluarga anda ke Klinik Kerajaan yang berhampiran dengan rumah anda untuk mendapatkan pemeriksaan. Dengan cara ini anda boleh memastikan keluarga anda bebas dari JANGKITAN TIBI !!!

No comments: