Sunday, May 3, 2009

~~Hujan yang lebat.. angin yang kuat....~~

Salam buat semua pengunjung...

Cuti hujung minggu yang lalu Kuala Terengganu telah mengalami hujan yang lebat, guruh yang kuat, kilat yang sabung-menyabung dan telah menyebabkan beberapa kawasan SK Ladang telah mengalami kerosakkan...

Beberapa keadaan kelas menjadi basah & lembab disebabkan percikan air hujan dan yang paling kritikal adalah kantin sekolah iaitu bilik makan guru.... habis basah & dipenuhi dengan air... ini disebabkan kerosakkan atap yang habis melayang diterbangkan oleh angin yang kuat...

So hari ni, guru menjamu selera di luar kantin bahagian murid...dan pihak berwajib telah datang memantau & memperbaikinya...

jom layan picture kat bawah ni...

*inilah gambaran atap yang telah mengalami kerosakkan


* Keadaan kantin yang basah kuyup...


*Guru2 menjamu selera di meja murid...
* JPN datang memantau kerosakkan...


Semoga segala kesulitan ini dapat diatasi secepat mungkin...

"BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN"


1 comment:

Min said...

It's okay now,am I right?.