Sunday, June 14, 2009

~~Penyampaian Hadiah Juara Boling Padang~~

Salam TAHNIAH buat peserta & jurulatih Boling Padang (Lawn Bowls) yang telah menjuarai Kejohanan Lawn Bowls Sekolah Angkat Kebangsaan bawah 12 tahun di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Seramai 11 peserta yang menyertai kejohanan tersebut, 3 daripadanya pemain simpanan dari SK Gong Tok Nasek. Wakil dari SK Ladang iaitu seramai 8 orang, 4 lelaki dan 4 perempuan. Antaranya ialah Mohd Fadley Abd Jabar 12, Muhammad Alif Saufi Shaifudin 12, Muhd Amin Mohd Badari 12 dan Hafizam Adam 12. Manakala peserta perempuan ialah Nurul Izzati Ali 12, Siti Khadijah Zakaria 12, Nurul Nabihah Abdul Latif 12 dan Nurul Wahidah Mohd Faizal 11.


Sebelum menghadapi perlawanan mereka sempat berlatih beberapa kali iaitu 3 kali seminggu di Dataran Boling Padang Pantai Batu Burok bersebelahan padang hoki. Antara jurulatih bertuah mereka ialah Cikgu Wan Zainulddin Wan Ismail, Ustaz Wan Hanif Wan Embong dari SK Ladang dan Cikgu Ariffin Anas SK Gong Tok Nasek.




Mereka bertolak ke Bukit Kiara, KL pada 4 Jun 2009 dengan menaiki bas yang telah disediakan oleh JPNT an sepanjang di sana mereka telah menetap dan bermalam di Kompleks Tenis Jalan Duta manakala perlawanan telah diadakan di Padang Lawn Bowls bukit Kiara.

Majlis Penyampaian Hadiah telah disampaikan oleh Presiden Persatuan Lawn Bowls Malaysia Tun Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid pada hari akhir.

Sedikit mengenai sejarah Lawn Bowls :

Pada tahun 2006, SK Ladang telah dipilih oleh Persatuan Lawn Bowls Negeri Terengganu milik Projek Anak Angkat. Bermula dari tahun itu, setiap tahun SK Ladang telah menghantar wakil peserta ke Kejohanan Lawn Bowls Sekolah Angkat Kebangsaan yang kebiasaannya diadakan di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

* Gambar kenang bersama GB & PK Ko...SKL Bolehhh!!



Pagi tadi, sekali lagi SKL telah mengadakan penyampaian hadiah di hadapan perhimpunan sekolah. Antara hadiah-hadiah tersebut ialah : Piala, Pingat, Beg, Sijil Penghargaan dan Wang Tunai RM50 seorang.

* Hadiah penghargaan untuk pihak sekolah


* Piala, Pingat, Sijil & beg(tak der dlm gambar)


* Penyampaian hadiah oleh Guru Besar SKL..



"BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN"

2 comments:

Min said...

Alamak!,ade Cg Zakri kat situ!!..hehe

SK Ladang said...

yer..cikgu misai..hehe