Sunday, June 14, 2009

~~SK Ladang juara boling padang bawah 12 tahun - Sinar Harian~~


Kuala Terengganu
- Pasukan boling padang dari Sekolah Kebangsaan (SK) Ladang dari kategori 'fours' lelaki bawah 12 tahun berjaya meraih tempat pertama Kejohanan Lawn Bowls Sekolah Angkat Kebangsaan bawah 12 tahun di Bukit Kiara, Kuala Lumpur semalam.


Pasukan itu muncul johan pada peringkat kumpulan menewaskan Kelantan di separuh akhir dengan mata 7-6.

Pada peringkat akhir, pasukan itu berjaya menewaskan Labuan dengan pungutan mata 23-5, sekali gus merangkul juara kumpulan.

Kumpulan SK Ladang dianggotai Mohd Fadley Abd Jabar, Muhammad Alif Saufi Shaifudin, Muhammad Amin Mohd Badari dan Hafizam Adam.

Setiausaha Persatuan Boling Padang Terengganu, Ahmad Hisyam Hassan berkata, beliau tidak pernah menjangka menjadi juara kerana pemain terdiri daripada mereka yang baru menceburi sukan ini.

"saya amat gembira dengan pencapaian pemain kerana kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan ketika sesi latihan membuahkan hasil".

"Saya hanya melatih pemain dalam masa singkat tetapi setiap persembahan menunjukkan mereka mampu menguasai sukan ini. Saya harap pencapaian atlet dalam sukan ini semakin mantap," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Sementara itu, bagi kategori 'pairs' lelaki B, Terengganu berpuas hati menduduki tangga kedua selepas menang pada peringkat suku dan separuh akhir.

Namun, pasukan itu ditewaskan Labuan pada peringkat akhir dengan mata 7-15.

Sementara itu, pasukan negeri menduduki tempat kedua dalam acara 'pairs' wanita selepas berjaya membelasah Johor pada peringkat separuh akhir dengan mata 9-8 tetapi kalah dengan pasukan dari Perlis pada peringkat akhir.

Pasukan negeri itu juga berjaya menduduki tangga kedua bagi acara 'fours' wanita apabila kalah dengan Johor pada peringkat akhir dengan mata 9-8.

Pada kejohanan itu, Terengganu berjaya maraih satu pingat emas dan tiga perak.

Kejohanan itu juga melibatkan pemilihan pemain bagi mengikuti Program Tunas Cemerlang Lawn Bowls yang akan diadakan di IndoorPandamaran, Selangor pada 21 hingga 27 November ini.

Mereka adalah Mohd Fadley Abd Jabar, Muhammad Alif Saufi Shaifudin, Hafizan Adam, Siti Nur Wahidah Mohd Faizal, Siti Khadijah Zakaria dan Nurul Nabihah Abdul Latif.

-Petikan dari : Sinar Harian, 13 Jun 2009, Edisi Pantai Timur, Muka Surat T22 Sukan@Terengganu-

Gambar-gambar sekitar pelawanan. SAKSIKAN !!!





"BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN"

3 comments:

Min said...

Congrats..!!..:)

SK Ladang said...

Tima kasih yer...
Good Luck PMR tahun ni.. macamana exm baru2 ni..dah dapat result??

Min said...

Belum..:)