Saturday, June 20, 2009

~~18 Jun 09 - Perkhemahan @ Pulau Redang~~

Salam hujung minggu buat semua pengunjung setia blog SK Ladang.. terima kasih atas sokongan anda...

Alhamdulillah kami selamat kembali ke Kuala Terengganu setelah 3 hari 2 malam mengikuti aktiviti perkhemahan... Pengalaman yang tak dapat dijual beli... hanya yang melaluinya dapat merasai nikmatnya menikmati keindahan alam... pengalaman juga dapat mematangkan fikiran...

18 Jun 2009 - Khamis

Seperti yang dirancang 1.30 petang kami berkumpul di sekolah. Kemudian ke Jeti Kastam dengan menaiki Bas Sekolah..

* Murid-murid SKL seramai 29 orang
yang penuh bersemangat!!


*Guru-guru SK Ladang yang sangat sporting..haha..
eh, yang tudung purple berbaju kurung tu nak ikut jugak ker..hehe




Mengikut tentatif
kami dijangka bertolak dari Jeti Kastam jam 2.00 petang & tiba di Taman Laut 3.30 petang.. Lumrah kehidupan, kita hanya merangcang, tetapi Dia yang menentukan yang terbaik untuk kita.. kami bertolak agak lewat 3.15 petang, di perjalanan ditakdirkan enjin bot rosak sebelah. So perjalanan kami memakan masa yang agak lama... hampir 6 petang kami tiba di Taman Laut.. memandangkan air telah surut menjelang senja bot kami tak dapat me'landing'kan diri di Jeti Taman Laut sebaliknya kami terpaksa bertukar bot dengan menaiki Bot Sejahtera 10 untuk sampai ke jeti... alhamdulillah semuanya selamat & berjalan lancar...


* Mereka yang setia menanti di Jeti Kastam...

* Apa yang penting "bekerjaaaasama"!!














Sesampainya di tapak perkhemahan kami terus menunaikan solat asar & aktiviti diteruskan dengan mmendirikan 12 buah khemah. Atas berkat kerjasama kami selesai mendirikan khemah sebelum maghrib dikala matahari terbenam... pemandangan yang mengasyikkan...

"BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN"


2 comments:

Min said...

Waaaa..dulu xde pun mende cam gini..

FirJah said...

To chentamuzikindiemalaysia:
hehe... dulu lain..
sekarang dunia pun dah maju..hihi
kebetulan ada cg yang bertukar dr sk p.redang ke SKL.. so perkhemahan ini banyak dibantu oleh beliau..

-Blogger SKL-