Monday, June 15, 2009

~~Perpustakaan Bergerak Negeri Terengganu ke SKL~~

Salam buat semua pengunjung blog SK ladang...

Hari ni 16 Jun 2009 (Selasa), Perpustakaan Bergerak Negeri Terengganu ke SK Ladang. Kedatangan perpustakaan ini adalah di bawah program Pusat Sumber Sekolah. Penulis dimaklumkan bahawa di Terengganu terdapat beberapa buah Perpustakaan Bergerak mengikut daerah. Perpustakaan ini telah dirasmikan pada 2 Jun 1982 (Ahad) iaitu buat pertama kalinya perpustakaan ini ke SK Mengabang Telipot.

Untuk makluman, jika di sekolah perpustakaan ini dibuka keahlian untuk semua guru & murid tahap 2 (tahun 4,5,6). Pendaftaran keahlian adalah percuma. Pinjaman boleh dibuat dalam tempoh 2 minggu. Selain ke sekolah, Perpustakaan Bergerak ini juga akan membuat lawatan ke Taman Perumahan & Balai Raya. Lawatan akan diadakan 2 kali sebulan.

Anda pernah tengok Perpustakaan Bergerak??? jika belum..... jom tengok kat bawah ni...hehehe..



"BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN"

No comments: